Hey You.. Dont Give Up Okay?


Aku hidup dengan kekurangan, baik dalam aspek apa pun itu. Kadang aku cemburu melihat orang lain mempunyai apa yang aku betul betul inginkan. Mereka ada apa yang aku tiada, mereka ada apa yang aku perlukan, dan mereka ada apa yang aku impikan. Apa aku tidak layak dapat semua itu? Atau memang takdir hidup aku jadi begini.


Tapi hari demi hari.........Aku mula untuk memahami bahawa...

Apa yang aku mahu dan aku inginkan itu harus aku usaha dengan keras, sekerasnya ! sekuatnya ! Sebab sesuatu benda atau perkara yang kita dapat dengan usaha itu jauh lebih bernilai, jauh lebih baik.


Ada orang dapat sesuatu dengan mudah, tidak perlu usaha yang tinggi.
Ada orang sudah berusaha, tapi tidak mendapat apa yang diinginkan.
Aku percaya itu rencana yang Tuhan telah atur untuk kita.


Ada manusia yang bila dia dapat apa yang dia inginkan, dan semua orang pun inginkan itu. Dia mula lupa, mula sombong, mula angkuh. Tapi kita semua tahu, itulah manusia. Sentiasa lupa, sentiasa sombong bila mula berada di atas.


Tapi itu biasa ~


Apa yang luar biasa itu ialah bila orang itu telah ditindas tapi dia bangkit, dia maju dan dia bangun untuk buktikan bahawa dia juga hebat ! Dia buktikan bahawa dia mampu dapatkan sesuatu itu dengan usaha sendiri.


Adakah kita sedar bahawa kita terlalu ingin mengejar duniawi semata-mata? ingin kelihatan hebat di mata manusia, mengejar nama, inginkan pujian, sentiasa ingin berada di atas, ingin menjadi hebat dalam semua aspek, terlalu bangga dengan diri sendiri atas usaha orang lain.


Tapi tidak memikirkan perasaan orang lain, tidak ada rasa peduli, tiada kasih, kadang sampai ada yang “tiada perasaan”.

Tanya diri kita.


- Kau bukan lemah atau kalah, cuma belum waktunya -

Comments